Saturday, April 23, 2011

lafaz yg tersimpan


 betapa sukarnya menyusun bicara
meluahkan rasa menuturkan sayang
kasih yg terlimpah hanya sekadar tingkah
cuma ungkapan kebisuan yg melindungkan
kalimah rahsia

masih kubiarkan waktu 
melarikan lafaz kasihku padamu


bait lagu ni aku tujukan kepada dia yang aku sayangi. amat-amat aku sayangi.
tapi rasenya tak pernah sekali pun aku tunjukkan betapa sayang aku padanya dan betapa kehadirannya amat bermakna dalam hidup aku
jauh sekali untuk aku lafazkan rasa yg terpendam sejak aku kenali dia

aku kenali dia sewaktu kursus pembantu universiti dua tahun lepas
dan selepas itu ketika aku menjadi tamu di rumahnya..
betapa sifat keibuannya menyentuh naluriku

hari ini selepas hampir dua tahun aku bakal menamatkan kembara ilmuku
dan sehingga hari ini lafaz itu masih tersimpan rapi jauh di sudut hati
bukan kerana ego
cuma aku lebih senang rasa ini bercambah dalam diri

tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
biarpun kuredah seluruh dunia 
mencari gantimu



Friday, April 22, 2011

sori tak sengaja mau gelak tapi aku mmg takleh tahan

latar tempat : bilik kecil dihuni 2 org
latar masyarakat : 5 wanita BSAS + 1 junior

wanita 1: weh aku baru pasan aras ni ramai budak johor. aku kulai, org sblh ni jb kot kalo x silap. pastu ko pontian, sebelah ni muar, rumet dia kalo x salah aku batu pahat..

wanita 2: aah la kan, ramai budak johor. pagi2 bleh la kite nyanyi lagu negeri johor. camne ek? Allah selamatkan kamu ...

suasana hening. senyap sunyi ....

wanita 1, 3, 4 & 5 : kahkahkahkahkahkahkahkahkaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhh

*gelak sakan*

wanita 1: ko ni .. Allah peliharakan sultan lar ...




notakaki: walaupun wanita 3 & 4 bkn org johor, tp mereka tau itu lagu harijadi.

Saturday, April 2, 2011

...sesungguhnye aku berada dlm kesesatan yg nyata...

PERISTIWA 1
September 2008, STESEN PLAZA RAKYAT 

"mayang sari muar pukul 5, adik kena pergi bukit jalil."  
"bukit jalil? hmm.. takpe la kak, terima kasih."
terus aku lari g kaunter tiket lain. 'maharani'.
"semua memang kat bukit jalil dik. sempena raya ni."
"huh? macam mana nk g sane ye? ade bas tak?"
"erm.. bas ade, tp lambat. lebih baik adik naek tren. cepat sket."
dgn dahi berkerut, aku buat2 konfiden beli tiket g bukit jalil. 

##naek tren##

'bas kol 5, skg 4.40. g bukit jalil, smpt ke kejar bas?' aku bermonolog sorg2 dlm tren.

##tak sedap ati## 

aku tanye budak yg masih pakai baju skola.
"eh, bukan. nk g bukit jalil naek tren sebelah sane."
"ok, mekasih."

huh! sudah. nak wat gaye mane ni? takkan nak nangis sorg2 sampai pegawai keselamatan @ pakcik polis @ bomba penyelamat dtg jemput tunjukkan jln? huh, sesuatu mesti dilakukan dgn segera ! BERTINDAK !

##turun. tukar arah. jam dah kol 5##

20 minit selepas itu...
'alhamdulillah, sampai. mne bas? bas ade lagi ke? sempat ke naek?' 

** PETANG TU ATAS IZIN TUHAN, AKU SELAMAT SAMPAI KE RUMAH. TU LA 1ST TYME G BUKIT JALIL NK BALIK UMAH TAK TAU JALAN SALAH NAEK TREN SAMPAI DA NAK DEKAT STESEN TERAKHIR, BARU TAU SALAH ARAH. WALAUPUN LAMBAT 20 MINIT, SYUKUR, BAS MASIH ADE.

PERISTIWA 2
FEBRUARI 2011, STESEN BANDAR TASEK SELATAN

'belok kiri pas buang tiket dlm tong.'
'ok cun, da nmpk arah TBS-BTS.hehe..'
'hait? lagu mana plak turun ni? sume tangge karen naik? xpe la, exercise gune tangge takde karen turun jejak tanah.

##sampai kat tanah berturap tar##

'mane bas? mane kaunter tiket? apesal ade teksi 2 bijik je? haih ...'

##pusing2, nak jalan terus ke nak patah balik? pikey jap, amik napas kt tgh2 jalan yg xde langsung kenderaan lalu##

'ok, sila naik balik, kali ni gune tangge berkaren @ eskalator. oo yeah.. nampak suda signboard lobi utama. apsal aku x nampak tadi? haih...'

**BERJAYA TEMUI KAUNTER TIKET. SYUKUR, ALHAMDULILLAH..WALAUPUN TERGAGAU-GAGAU SESAT SAMPAI KE TANAH CARI KAUNTER TIKET PASTU KNE NAIK BALIK TINGKAT TIGA.

PERISTIWA 3
APRIL 2011, TERMINAL BERSEPADU SELATAN-BANDAR TASEK SELATAN

sebenarnye xde kesesatan pun yg berlaku hari ini
melainkan sebuah kekecewaan yg tertinggal bekasnye
juga pengajaran dari Tuhan

sungguh, 
andaikata aku tersesat lagi di bumi Tuhan yg tak tau nth kat mne
aku tak perlu risau apa-apa
takkan ade yg mencari aku yg sesat
melainkan Allah membukakan jalan untuk aku
sehingga aku temui jalan keluar...

hapuskan kesedihan yg bertapak
DIA sentiasa ada
bersamamu dlm setiap langkah


Sunday, March 27, 2011

aku tak profesional


aku tak profesional
sbb ilmu aku tak setinggi engkau
takkan setanding dgn engkau
yg punyai otak bijak cekap menghadam ilmu baru
cepat je kau dah tiba ke puncak
sedangkan aku
ilmu yg aku miliki ni pun
aku dapat dgn susah payah
jerih payah aku utk berada pada tahap ni
hanya aku yg rasa susah dan payahnya dulu

aku tak profesional
bila mereka meminta pertolongan
aku cepat2 hulur ape yg mereka perlu 
tak sempat aku berfikir panjang pun
asal aku ada ilmu yg mereka mau
aku kongsikan segala yg aku tau

engkau yg profesional
saat aku memohon pertolongan
sengaja kau mentertawakan aku
sinis sungguh !
lalu dgn angkuh kau pinta aku memohon kpd yg lain
kau berlalu dgn senyum sinis masih tak lekang
aku terkedu.
ini rupanya engkau yg profesional

aku tak profesional
bilamana niatku utk menimba ilmu
hanya sekadar mencari redha Ilahi
juga menghilangkan ketidakbijaksanaan

engkau yg profesional
tak kutahu niat kau menuntut ilmu
namun apa yg kulihat
kerana ilmu kau dipandang tinggi
menjulang anugerah manusia sana sini
cuba berdiri sama tinggi dgn mereka 
yg mendapat pengiktirafan lebih dari apa yg kaumiliki

pesan dari aku yg tak profesional
sekali dua pandanglah ke bawah
kerana hanya sekali dua itulah
engkau akan mengenal erti syukur

Tuesday, March 22, 2011

aku suda hilang !


dulu mase skola rendah, aku tak camni..
masuk skola menengah pun, aku biasa2 je.
masuk matrik, segalanya masih ok. ermm... mungkin.
melangkah ke u, aku mula terumbang-ambing menempuh badai kehidupan

siapa aku mase skola rendah, budak hingusan yang baru nak kenal diri
siapa aku mase skola menengah, selalu mencari cinta Ilahi.
masa matrik pun, graf masih sekata, selari dgn paksi-x..tak berubah aku kira.

tp siapa pula aku pd hari ni?

aku hampir tak kenal diri
aku yg dulu suda hilang. 
mereka melihat aku dgn pandangan terhalang
kaku kakiku terpaku di situ
mengharap ada insan yg sudi menghulur memberi simpati

ah, selama mana aku nak bergantung harap pd mereka!
aku adalah aku.
aku perlu pulang, kembali pd diri yg dulu..
mencari hati yg dulu
mencari cinta yg dulu

ayuh, teruskan langkah. usah diri berpaling!
ya Tuhan, aku tak mampu hidup tanpa cinta-Mu
kembalikan aku yg merindui saat cinta kita bersatu
bantu aku untuk mencari cinta-Mu
bimbingi aku untuk menuju redha-Mu...

Allah, betapa besar dosa yg kulakukan,, aku tahu besar lagi pengampuanan-Mu
dgn belas kasih-Mu Tuhan, aku mohon, aku merayu...
pulangkan hatiku yg dulu
aku teramat rindu pd esak tangis menahan rindu pada-Mu yg Satu
.......





Friday, March 18, 2011

cukup adab?

"kau yg mintak tolong ke aku yg mintak tolong?"
"aku yg patut datang kat kau ke kau yg patut datang kat aku?"

erm ... dua ayat ni cukup sinonim bagi sesetengah kawan aku bile aku mau minta tolong. err... lebih tepat pada sesape yg nak mendapatkan pertolongan beliau.

sedar atau tak, sebenarnya ayat tu mengajar untuk si peminta tolong lebih beradab tp sesungguhnya bagi aku bahasa tu sememangnye kasar. amat kasar hingga menusuk jantung aku sampai berlubang sana sini.

tapi kesannye hari ni....
bile aku nak mintak pertolongan orang, aku akan berusaha walaupun dengan susah payah dalam hujan menggila dengan suhu badan tak normal pergi secara hormat semata-mata dua tiga patah ayat memohon pertolongan. 

tapi yg aku kesalkan...
apsal pulak aku yg selalu kena susah payah datang kat org yg nak mintak tolong kat aku dalam hujan yg membadai dengan suhu hati yg dah nak mendidih semata-mata nak penuhi permintaan dia?!

huh ! 

aku amat tak tegas dengan manusia sekeliling...
nampaknya law of adab-ing perlu dikuatkuasakan.
mesti !

owh ye, bahasa ape yg perlu aku gunakan ya? 
mungkin kne sembah sana sini macam mengharap duli yang maha mulia raja-raja?
nanti aku fikirkan.





Monday, March 14, 2011

syukur syukur syukur


sampai bilik lebih kurang kol 9.20 pm lepas abes clas n mkn, aku baring2 jap atas katil. otak ligat berfikir, sok kene g bank amik duit. tinggal singgit je yg tinggal ... huisy ... itu bahaya utk perut aku yg sudah bersahabat baik dengan inche' gastrik. lambat makan sket, maka mengiring ke kanan saje la tak gerak2.


baju kurung yg dah dipakai seharian, aku nak masukkan kat bakul baju. seluk poket dulu nak kuarkan tisu. ...n .....
 eh, ade duit 2 keping seploh hinggit la????????


bukan kepalang gumbira amat aku. mane aku ade duit skg ni?
rezeki Tuhan, aku la insan bertuah lagi terpilih pd malam ni... tak henti2 aku rafakkan kesyukuran sambil bertasbih memuji Dia yg telah mengurniakan rezeki kepada aku. 
Alhamdulillah, subhanallah ...

.
.
.
ok.
 diam sejenak.

.

.
 
.

"maaf ye cik adik manis yg comel, itu dua keping seploh ringgit, tulun bayarkan top up utk
cik abg yg jual topup tu..."
itulah pesanan yg aku dah modify dari sorg sahabat sebelum aku naik bas nk balik kolej tadi.