Friday, December 31, 2010

31 dis 2010

meniti sisa sisa akhir 2010 ...
... menanti kunjung tiba 2011

ya Allah, kembalikan hatiku yg dulu
hati yg sangat merinduiMu
mencintaiMu
mengharapkan segalanya hanya padaMu ...

Wednesday, December 22, 2010

saat diri diuji ....

segalanya terasa kosong ... 
kaki yang masih melangkah terhenti ...
di hadapan sana, kegelapan menyelubungi
cukup kuatkah hati ini 
cukup kuatkah minda ini
untuk menghayun langkah dengan kaki yg masih kaku

damai petang itu 
menjadi saksi tangisku
rasa yg tak pernah terlihat
kuluah segalanya bersama derai air mata
angin terus menyapa seakan cuba membelai
memujuk walang hati yg tak sudah
namun hadirnya tak ku endah
kutepis sapanya
"pergilah, biarkan aku sendirian!"

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.....” [Surah At-Taubah : 111]

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

1. Bukankah Kami telah melapangkan dadamu?
2. Dan Kami telah ringankan bebananmu.
3. Yang telah memberatkan belakangmu.
4. Dan kami telah angkatkan namamu(Muhammad) (di dunia dan di akhirat).
5. Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan.
6. Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan.
7. Oleh itu apabila engkau telah selesai dari kegiatan-kegiatan hidupmu, maka usahakanlah kegiatan yang lain pula.
8. Dan kepada Tuhanmu tumpukan perhatian dan minatmu.
 "...Ya Tuhan kami, janganlah engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir." [Surah Al-Baqarah : 286]





Saturday, December 11, 2010

contengan minda

awan tak mampu berbicara seperti manusia, tp awan juga tak membantah setiap luahan rasa hati. awan sentiasa mendengar tanpa jemu. sesekali terasa awan tersenyum padaku, lalu meredakan gelisah yg menggila. sesekali terasa awan menyapa lembut, meresapkan ketenangan dalam hati... sesekali bicara pd awan mengilhamkan padaku tentang keagungan Tuhan, mentarbiyyahkan hati untuk menginsafi diri atas keterlanjuran perbuatan dan tutur kataku. awan dan segala ciptaan-Nya menyedarkan aku, mengembalikan aku, mengingatkan aku bahawa aku tidak pernah keseorangan di dunia ini.


Ya Allah, terima kasih atas kurniaan-Mu dan kasih sayang-Mu....

Thursday, December 9, 2010

itu yg pertama ...

latar masa : tengah hari
latar tempat : umah makcik

rasenye waktu tu, aku tgh belek2 enset. lepak2 sebelah atok yg lena tertidow. my cousin yg baru pas spm n nga keje sementara, lalu kat sebelah aku utk g ke ruang tamu. kat situ, ade makcik aku merangkap bonda cousin aku yang baru lalu td tgh lepak2 bawah kipas. maka, bila kedua dua anak beranak itu bertemu di bawah kipas, terjadilah perbualan antara ibu dan anak ~~

anak : mama, adik nak duit. adik nak beli seluar. seluar koyak.
mak : ape cakap dgn mama mcm tu? adik ni cakap dengan kawan, cakap dengan mama, same je..
anak : abes tu adik nak cakap macam mana?
mak : cuba la cakap elok2 dgn mama. "Mama, seluar adik dah koyak, adik nak duit, nak beli seluar..."
anak : ok ma... "seluar adik dah koyak.. adik nk duit beli seluar....boleh tak mama?"
mak : yela, nanti mama bagi...

-end of conversation-

aku tercuri dengar perbualan tu. sungguh, aku x sengaja nk pasang telinga, tp syukur telinga ni masih berfungsi dgn baik utk dengar perbualan tuh. dlm hati, aku terhangguk hangguk... "ohhhh..... cmtu ea cakap ngan mak? cakap ngan mak n kawan ade beza ea? laen?" camtu la lebih kurang bisikan hati aku pd waktu kejadian.

maka, pd hari itu dlm sejarah, itulah saat pertama aku tau tentang pertuturan kata yg baek bile cakap ngan mak. itu jugaklah kali pertama aku terajar utk menyusun ayat yg baek depan sorang mak. ye, aku telah belajar sesuatu yg baru...aku senyum, tp nth npe hati aku terasa sebak.

aku senyum, sbb aku tak sengaja.
aku sebak mungkin sbb ..... aku tau tentang sume ni pada usia aku hampir 20 tahun.
tp belajar tu x penah kenal erti terlewat kn sebelum izrail menjemput?