betapa sukarnya menyusun bicara
meluahkan rasa menuturkan sayang
kasih yg terlimpah hanya sekadar tingkah
cuma ungkapan kebisuan yg melindungkan
kalimah rahsia
masih kubiarkan waktu
melarikan lafaz kasihku padamu
bait lagu ni aku tujukan kepada dia yang aku sayangi. amat-amat aku sayangi.
tapi rasenya tak pernah sekali pun aku tunjukkan betapa sayang aku padanya dan betapa kehadirannya amat bermakna dalam hidup aku
jauh sekali untuk aku lafazkan rasa yg terpendam sejak aku kenali dia
aku kenali dia sewaktu kursus pembantu universiti dua tahun lepas
dan selepas itu ketika aku menjadi tamu di rumahnya..
betapa sifat keibuannya menyentuh naluriku
hari ini selepas hampir dua tahun aku bakal menamatkan kembara ilmuku
dan sehingga hari ini lafaz itu masih tersimpan rapi jauh di sudut hati
bukan kerana ego
cuma aku lebih senang rasa ini bercambah dalam diri
tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
biarpun kuredah seluruh dunia
mencari gantimu
No comments:
Post a Comment