PERISTIWA 1
September 2008, STESEN PLAZA RAKYAT
"mayang sari muar pukul 5, adik kena pergi bukit jalil."
"bukit jalil? hmm.. takpe la kak, terima kasih."
terus aku lari g kaunter tiket lain. 'maharani'.
"semua memang kat bukit jalil dik. sempena raya ni."
"huh? macam mana nk g sane ye? ade bas tak?"
"erm.. bas ade, tp lambat. lebih baik adik naek tren. cepat sket."
dgn dahi berkerut, aku buat2 konfiden beli tiket g bukit jalil.
##naek tren##
'bas kol 5, skg 4.40. g bukit jalil, smpt ke kejar bas?' aku bermonolog sorg2 dlm tren.
##tak sedap ati##
aku tanye budak yg masih pakai baju skola.
"eh, bukan. nk g bukit jalil naek tren sebelah sane."
"ok, mekasih."
huh! sudah. nak wat gaye mane ni? takkan nak nangis sorg2 sampai pegawai keselamatan @ pakcik polis @ bomba penyelamat dtg jemput tunjukkan jln? huh, sesuatu mesti dilakukan dgn segera ! BERTINDAK !
##turun. tukar arah. jam dah kol 5##
20 minit selepas itu...
'alhamdulillah, sampai. mne bas? bas ade lagi ke? sempat ke naek?'
** PETANG TU ATAS IZIN TUHAN, AKU SELAMAT SAMPAI KE RUMAH. TU LA 1ST TYME G BUKIT JALIL NK BALIK UMAH TAK TAU JALAN SALAH NAEK TREN SAMPAI DA NAK DEKAT STESEN TERAKHIR, BARU TAU SALAH ARAH. WALAUPUN LAMBAT 20 MINIT, SYUKUR, BAS MASIH ADE.
PERISTIWA 2
FEBRUARI 2011, STESEN BANDAR TASEK SELATAN
'belok kiri pas buang tiket dlm tong.'
'ok cun, da nmpk arah TBS-BTS.hehe..'
'hait? lagu mana plak turun ni? sume tangge karen naik? xpe la, exercise gune tangge takde karen turun jejak tanah.
##sampai kat tanah berturap tar##
'mane bas? mane kaunter tiket? apesal ade teksi 2 bijik je? haih ...'
##pusing2, nak jalan terus ke nak patah balik? pikey jap, amik napas kt tgh2 jalan yg xde langsung kenderaan lalu##
'ok, sila naik balik, kali ni gune tangge berkaren @ eskalator. oo yeah.. nampak suda signboard lobi utama. apsal aku x nampak tadi? haih...'
**BERJAYA TEMUI KAUNTER TIKET. SYUKUR, ALHAMDULILLAH..WALAUPUN TERGAGAU-GAGAU SESAT SAMPAI KE TANAH CARI KAUNTER TIKET PASTU KNE NAIK BALIK TINGKAT TIGA.
PERISTIWA 3
APRIL 2011, TERMINAL BERSEPADU SELATAN-BANDAR TASEK SELATAN
sebenarnye xde kesesatan pun yg berlaku hari ini
melainkan sebuah kekecewaan yg tertinggal bekasnye
juga pengajaran dari Tuhan
sungguh,
andaikata aku tersesat lagi di bumi Tuhan yg tak tau nth kat mne
aku tak perlu risau apa-apa
takkan ade yg mencari aku yg sesat
melainkan Allah membukakan jalan untuk aku
sehingga aku temui jalan keluar...
hapuskan kesedihan yg bertapak
DIA sentiasa ada
bersamamu dlm setiap langkah
baca ayat al-kursi banyak2! ^^V.
ReplyDeletesalam ziarah.
terima kasih sebab lawat belog saya!:)