Thursday, January 26, 2012

peringatan dari Tuhan

zaman-zaman skola rendah ~~

aku tak tau aku kat mana ... nampak macam gua ... ade gaung dalam tak nampak mana dasarnya . dan manusia yang sangat ramai tengah beratur menunggu giliran . sangat teratur dalam barisan .

bagaikan mengenali satu wajah dalam barisan , hati berdetik . "itu nabi Adam ! ah , dan ini , ini hari perhitungan ! hari segala amal akan ditimbang . dan aku , cukup bersediakah aku ? bila pulak giliran aku ? berapa lama aku akan menunggu ? Allah ....."


masuk skola menengah *kalau tak silap*

waktu malam . bulan penuh . sangat besar . terang . tapi suasana malam tetap gelap pekat . bagaikan cahaya bulan itu sekadar menerangi permukaannya sahaja . langsung tidak menyuluh bumi yang ketandusan cahaya . mak suruh tutup pintu . tapi dari setiap pandangan mata , wajah bulan tetap kelihatan . walau ke mana aku memandang . malam masih tak berganjak . menunggu matahari . tapi anehnya mak cakap , "sebenarnya sekarang waktu siang ! kiamat dah dekat ."

.... dan kami terus bertawakal ~~


matrikulasi pula

dari KMPP aku naek bas nak balik kampung . ditemani kawan baik aku nadia yang duduk sebelah . aku pakai baju kurung oren hadiah daripada cikgu zaman sekolah dulu . bas meluncur laju melalui lebuh raya .

entah tiba-tiba hati berdetik . "bas ni akan exsiden kat melaka ."

pelik . macam ada sesuatu dalam diri yang berkongsi tubuh dengan aku memberitahu . sungguh , bukan aku yang bercakap . tapi suara dalam diri itulah !

dari seat aku , aku nampak pemandangan melalui cermin depan . semuanya biasa-biasa je . tapi tiba-tiba ...

.... aku nampak kawasan perkuburan . dan manusia-manusia yang dibangkitkan . bagaikan menunggu kehadiran seseorang . tiba-tiba datang malaikat bertanya . "siapakah yang kamu semua nantikan untuk sama-sama menunggu hari kebangkitan ?"

wajah masing-masing seakan tak sabar menjawab , namun demi menghormati kemuliaan malaikat yang bertanya , cuma seorang menjawab mewakili semua .

"itu , yang berbaju kurung oren !" dia menuding arah aku . dan malaikat tu pun memandang aku .

debar hati menggila . aku takut . aku toleh driver bus . dia drive macam biasa . macam tak ada apa berlaku . aku pandang nadia kat sebelah . tengah pandang depan tengok kereta bersimpang siur . mungkin juga melayan perasaan . tak ada langsung keanehan pada wajahnya . nyata , cuma aku yang nampak ape yang terpantul pada cermin depan bus . cuma aku !

"Allah !" aku tersedar dari mimpi . bersama ketakutan dan debar yang tak padam . aku masih dalam bilik kat KMPP . gelap . perlahan , aku menangis . takut . cuma itu yang aku rasa .


universiti ...

bumi bergegar lagi . seluruhnya . awan runtuh . berkepal-kepal . aku nampak manusia bergelimpangan tak bernyawa. ah , kenapa cuma aku sorang yang tinggal . kenapa aku terkecuali ? kenapa aku yg dipilih untuk tengok hari kegoncangan yang dahsyat ni ? mana keluarga aku ? mana kawan-kawan aku ? mana semua orang yang aku kenal ? masih adakah yang bernyawa ?

gunung-ganang bukit bukau berkecai . hancur sama sekali . sana sini serpihan awan bersepah . dari jauh macam salji memutih . tapi sungguh kalau menghempap takkan ada ruang untuk bernafas . aku terus berjalan dan berjalan . mana ? mana ?


baru-baru ini .....

semua orang diarah untuk turun . hari masih pagi benar . kenapa tiba-tiba ade emergency ? subuh baru nak masuk . azan belum pun berkumandang . yang nyata semua orang dah bersiap-siap . aku yang terasa blur tak tau apa sekadar mengikut rentak . siap bertudung aku turun .

"eh ic aku tertinggal pulak !" aku merungut . ditemani sorang kawan aku naek balik . masuk ke bilik , aku sempat lagi menukar tudung . aku tengok ade 2 orang lagi tengah duduk2 dengan muka sedih , dah tak sempat turun . itu kata mereka . "aik nape pulak ?" aku pelik . terus aku keluar .

tutup pintu . 'eh peliknya , semua orang dah turun . takde yang tinggal . kenapa ni ?' koridor gelap . kat tangga pulak ada samar-samar cahaya . suasana suram yang menghadirkan rasa takut dalam hati .

aku ternganga-nganga depan pintu masih tak melangkah . kawan yang meneman aku tadi entah ke mana . lesap . watak dia dah takde dalam mimpi ni .

tiba-tiba datang sorang lelaki berpakaian hitam . pandang aku sekilas . pandangan yang pada aku menakutkan . tanpa salam , tanpa kata , terus dia bagi aku sehelai kertas . dan berlalu ..

aku turun tangga . ade dua lagi lelaki berjaga . pandang aku mencerlun . seakan menahan marah . 'siapa mereka ? apa yang berlaku sekarang ? mana semua orang ?'

"itu malaikat ." kata hati halus menjawab . "sejak bila aku boleh nampak yang ghaib ? aku masih hidupkah ? atau ..... "

sampai ke aras bawah , aku nampak macam orang ramai . tapi semuanya berbalam-balam . macam blur semua tak jelas . kenapa ye ?

aku tengok kertas yang lelaki baju hitam (malaikat pencabut nyawa rupanya !! ) tadi . ade tulisan yang skali tengok automatik aku paham . 11.59.something which means within that hours nyawa aku akan dipisahkan dari jasad . lelaki baju hitam tu cuma mengingatkan aku melalui tulisan tu (dah macam death note pulak kan) -iyekan aje-

cuma tinggal beberapa jam . apa aku nak buat ? sunat taubat ? entah , tak terasa nak buat . qada' solat ? erm .. kejap lagi la . hurm .. hutang ptptn tak habis bayar lagi  ni . aishhh ....

itu je yang aku fikir ? duh ! ceteknya pemikiran . sempat lagi pulak tu nak bertangguh . tak sedar diri .

col mak mintak ampun !

lalu aku pun menangis-nangis dengan sesungguh hati bile cakap ngan mak . mintak maaf , mintak halal segala bagai ....

habis col , malaikat pencabut nyawa tadi datang . "sekejap lagi kita jumpa ." dan lesap lagi .

blurrr ....

jam baru sebelas pagi . ikut perkiraan dia akan cabut nyawa aku lebih kurang pukul 3 petang . kenapa awal sangat ? aku ketakutan . dan aku tahu tak perlu aku nak cari dia , dia yang akan mencari aku dengan mudah .

entah bila masa , malaikat tu dah depan mata , bersedia nak melakukan tugasnya . hati berdegup kencang . berdebar . sakitkah mati ? sakitkah ?

bagaikan ada sesuatu yang melalui perut . cuba untuk keluar melalui kerongkong . berpeluh-peluh . takut . aku mengucap . selawat berulang-ulang . takut . itu yang aku rasa . "Tuhan , aku tak bersedia untuk mati lagi !" aku cuba menjerit tapi tak ada suara yang keluar .

nafas semakin sesak . badan separa melayang . hampir sampai ke kerongkong . dan ....

"... Allah !"

aku tersedar . dengan mulut yang masih terkumat-kamit mengucap . hati yang masih bergetar . "Tuhan , ampunkan aku atas dosa-dosaku . bantu aku untuk mengharungi liku kehidupan ini ... terima kasih Tuhan , atas peringatan ini ..."

No comments:

Post a Comment