"yati , nanti annual dinner , u pakai cantik-cantik seksi-seksi tak mau pakai tudung aa ... jangan risau la nanti ramai la yang malay tak pakai tudung lagi seksi maa ..."
#senyum
dua minggu sebelum ...
"u tak pakai tudung kan nanti ?"
"saya pakai la , tak mau la buka ..."
"aiyoo ... kenapa pakai mer ?"
#senyum
sehari sebelum ...
"besok arr , u mesti minum tahu ? A** M**** [company name] mesti semua mau pandai minum maa ..."
technician malay seagama yang seorang tu pandang aku . senyum . aku senyum balik .
"aiya S******, malam ni u mesti practise minum tau , kalau tidak besok malam u muntah . hahaha ..."
"buat apa nak practise ?" dia gelak balik .
"tahun lepas itu B**** mabuk dekat toilet ." gelak.
"saya tahu cerita tu , diorang ada cerita . hahaha ...."
aku cuma diam .
senyum .
debar .
risau .
cuak .
hari kejadian , dalam kereta OTW ke resort ...
"aiya .. u pakai tudung aa ?"
"hehe .. saya tak pernah buka tudung la ..."
sampai kat resort , baru turun dari kete ...
"itu yang pakai blue itu malay tau . manyak seksi maa ..."
jari telunjuk dihala kat sorang yang berambut panjang
"o0oo ..." respon aku .
dalam hall ...
"excuse me , u want white or red wine ?" soalan waitress cina kat technician cina .
"white wine ."
technician yang malay pun order yang same . hoh ??!!!! 'maen-maen kot dia ni ?' aku sedapkan ati . 'eh, benda ni bukan boleh wat maen . suke suki saje nk try pun takleh !' aku pandang muka dia . dia pandang balik . selamba . tak beriak . biasa-biasa je ... macam dalam kepala dia .. 'ade ape-ape yang tak kene ke ?'
dah banyak sangat amal terlebih-lebih berat mau kasi balance sama itu dosa kah ? |
aku makan sekadar mengalas perut . bau hamis wine sebelah aku buat aku rasa nak muntah . tapi aku cuba tahan , sekadar cuba tunjuk rasa hormat kat dorang [non-muslim] dengan harapan dorang akan respect pendirian aku . berketai-ketai rasa hati luluh segalanyanya bile mereka yang bersaudara seagama dengan aku dengan selamba meneguk air hamis masam tu takde rase ape . biasa-biasa je , macam aku minum jus oren aku ni .
marah ? entah la , binding antara kitorang memang kuat . inilah muka yang hari-hari ditatap kat ofis . yang saling bekerja tolong satu sama lain . yang sama-sama diam bila kene tiaw sama manager . yang sama-sama gelak membahan balik bile manager keluar . dan banyak lagi 'yang sama-sama' tu . kitorang bukan ramai , cuma sepuluh orang termasuk manager . sepuluh je !
sedih . kecewa . hampa . sangat . teramat ! |
aku keluar dewan . duduk tepi swimming pool sorang-sorang . percaya takkan ade yang meneman bile tengok aku berpakaian macam ni . tudung litup menutup dada . kemeja melepas punggung . berskirt labuh . berstokin kaki dan lengan . ini cara aku menjaga diri . harap diorang akan malu nak mintak aku join dorang yang bukan-bukan . duduk termenung muhasabah diri .
masih ramai lelaki yang baik , aku percaya ini .
tapi baiknya mereka masih tak terduga dalam suasana majlis yang semacam ni .
masih ada lelaki yang boleh menjaga wanita kesayangannya . pun aku percaya . ramai .
tapi lelaki yang mampu menjaga insan kesayangannya dari azab Tuhan , payah nak jumpa .
perempuan yang baik pun ramai . ini pun aku percaya .
tapi baiknya mereka masih tak terduga dalam suasana majlis yang semacam ni .
mesti ade rasa "aku pun nak melawa !"
tapi yang mampu jaga diri takkan heret lelaki kesayangan sama-sama rasa azab Tuhan , payah nak jumpa .
ini hakikat akhir zaman . dalam pandangan peribadi aku . jangan marah kalau salah sebab aku takde rujuk tesis mane-mane .
dalam kesal aku bersyukur . Tuhan masih sayang aku . Dia masih jaga aku . Dia masih mendengar rintihan aku yang merayu untuk tak ditarik balik hidayah yang Dia bagi . tapi Dia berhak uji aku . Dia nak aku lebih dekat pada dia . Dia nak aku betul-betul balik pada Dia . Dia nak aku rasa sendiri . tak ada sapa . macam sekarang . Dia nak aku cuma bergantung harap pada Dia . sebab Dia sayang aku . Dia sayang aku , tapi aku tak nampak . aku yang buta selama ni taknak tengok dengan mata hati ..
masuk balik dewan lepas aku solat isyak . makan coctail . hehe ..
cocktail yang aku bising tawar tak rasa ape tapi sempat aku tambah dua kali |
aku tunduk makan tak toleh-toleh . malas nak angkat kepala . sebab ?
kiri kanan belakang n DEPAN aku yang semeja dengan aku ni tengah bersuka ria dengan wine masing-masing ! nasib baik Tuhan tak bukak hijab aku kalo tak mesti aku nampak makhluk tak hensem tu bersuka ria sama celah-celah diorang . huh !
aku ketepikan mangkuk aku yang dah kosong , baru aku angkat nak letak tibe-tibe ..
"ting !"
eh?
aku pandang muka dia .
'bile masa lak mamat cine yang aku tak kenal sape ni datang sengeh-sengeh meng'tinggg' aku punya mangkuk kosong cocktail dengan gelas penuh arak dia ? bulat mata aku macam nak marah tapi tak jadi bile rasional akal aku datang .
'sabar mek , dia mabuk . ape , kau fikir kau bijak bile marah orang mabuk ?'
aku hangkut semua barang henset aku terus keluar . dah . taknak masuk . tunggu mase nak balik je . aku lepak tepi swimming pool lagi . kali ni dah tak sorang . berdua belas dengan rakan
"aiyaa .. u tak minum pun ?" lelaki cina yang-aku-taknak-kenal-pun-siapa tu tengah pandang aku .
"what ??" aku jerit balik , dalam hati je . mulut senyum aje , jalan paling selamat .
'sabar , itu pertanyaan orang mabuk . dan kau jangan mabuk nak jerkah dia balik .' hati kecil memujuk .
bla bla bla bla .... overtime .. bla bla bla .. sutera ...bla bla bla .. ok
'ape diorang nak overtime malam ni ? ke nak claim dorang keje overtime malam ni ? *muke innocent*
"u tau aa overtime itu ape ?" kawan perempuan yang satu-satunya tak minum dan aku tumpang kereta dia tanya aku .
geleng .
"itu nama bar tahu ?"
huh ?!
bangunan ini besar bertingkat-tingkat sebenarnye .. |
antara kawan perempuan non-muslim yang waras sebab tak minum
dengan lelaki
mana satu pilihan kau ?
........................
#
#
#
tak sempat fikir
aku terus ikut pergi bar
duduk luar .
technician cina politely datang kat aku ajak aku masuk .
"thanks , but no thanks . saya tunggu sini je . tak apa .. " senyum .
"jangan risau la , semua ada , u cuma minum jus saja ."
"no , no , tak apa , saya tunggu luar . saya okay ." senyum lagi .
syukur dia mengalah .
ape aku dah tak waras nak masuk bar dengan bertudung macam ni ?! bukan setakat aku sorang yang akan dipandang pelik , tapi orang-orang yang dalam tu akan ada stigma pada semua perempuan bertudung nanti !
setengah jam , n kawan aku ajak balik ...
myvi putih membelah arus tengah malam . meninggalkan overtime , dengan rakan-rakan seofis yang tertinggal di dalamnya ...
pada titis air mata yang jatuh , aku berharap Tuhan kasihani aku lalu memberi hidayah pada mereka . plan asal untuk publish gambar kami dalam blog ni tak dapat dilaksana selamanya . demi menjaga aib mereka . walaupun selepas hidayah datang dalam hati mereka nanti ..
pesanku pada kalian yang aku sayangi , moga satu masa nanti kalian akan diberi hidayah pulang ke jalanNya , pulang pada fitrah insani ... siapa pun kalian pada hari ni dan semalam , kalian tetap sahabatku esok dan selamanya ... kerana kalian sahabatku , maka sesungguhnya aku amat kasih pada sekalian sahabatku . dan maafkan aku bila aku tak mampu jadi sahabat yang membantu pada waktu kalian tersalah arah . perjalanan hidup kita yang bercabang terserakan , kita dipertemukan pada satu titik . pada satu takdir yang pastinya punya asbab dan hikmah tersendiri . moga kita akan dapat bersama-sama melalui titian hidup ini pada satu garis selari menuju bahagia yang abadi ... deeply from the bottom of my heart , i love all of you , my dearest friends ...
"...coz we should live within the lines that we cannot pass through ...."
babe , I freehair but i tak minum and I respect pendirian you. =) semua tu dugaan kan
ReplyDeleteI still study lagi, tapi situation mcm sama lah. kawan2 sekeliling sibuk nak ajak , konon nak join group kena belajar semua tu. tak perlu kot. better hidup sorang =)
and ada jugak a few company yang tak bagi pekerja pakai tudung. even i freehair tapi i macam sakit hati pulak =/
semoga semangat you terus kuat =)
salam =)