Thursday, April 28, 2011

soalan itu menjengkelkan

sembilan minggu sepanjang berLI dulu, aku kat JAS Kluang. kat wisma bunga sebelah jalan ketapi. sekali sekali warga bangunan menyapa kami (aku n kawan aku yg same tinggi) dgn mesra sambil bertanya...


"adik nak pegi mana?"
"darjah berapa ni?"
"12 taun ea?"
"cari emak ke?"

huh!

hari ni bile g pesta buku kat PWTC...

"adik form berapa ni?"
"sekolah lagi?"
"baru abes skola?"




p/s: kepada incik/cik/tuan/puan promoter and bakal-bakal promoter nk jual buku sasbadi ke fajar bakti ke linguafon ke, sila susun soalan terbaik sebelum negotiate org.

Saturday, April 23, 2011

lafaz yg tersimpan


 betapa sukarnya menyusun bicara
meluahkan rasa menuturkan sayang
kasih yg terlimpah hanya sekadar tingkah
cuma ungkapan kebisuan yg melindungkan
kalimah rahsia

masih kubiarkan waktu 
melarikan lafaz kasihku padamu


bait lagu ni aku tujukan kepada dia yang aku sayangi. amat-amat aku sayangi.
tapi rasenya tak pernah sekali pun aku tunjukkan betapa sayang aku padanya dan betapa kehadirannya amat bermakna dalam hidup aku
jauh sekali untuk aku lafazkan rasa yg terpendam sejak aku kenali dia

aku kenali dia sewaktu kursus pembantu universiti dua tahun lepas
dan selepas itu ketika aku menjadi tamu di rumahnya..
betapa sifat keibuannya menyentuh naluriku

hari ini selepas hampir dua tahun aku bakal menamatkan kembara ilmuku
dan sehingga hari ini lafaz itu masih tersimpan rapi jauh di sudut hati
bukan kerana ego
cuma aku lebih senang rasa ini bercambah dalam diri

tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
biarpun kuredah seluruh dunia 
mencari gantimu



Friday, April 22, 2011

sori tak sengaja mau gelak tapi aku mmg takleh tahan

latar tempat : bilik kecil dihuni 2 org
latar masyarakat : 5 wanita BSAS + 1 junior

wanita 1: weh aku baru pasan aras ni ramai budak johor. aku kulai, org sblh ni jb kot kalo x silap. pastu ko pontian, sebelah ni muar, rumet dia kalo x salah aku batu pahat..

wanita 2: aah la kan, ramai budak johor. pagi2 bleh la kite nyanyi lagu negeri johor. camne ek? Allah selamatkan kamu ...

suasana hening. senyap sunyi ....

wanita 1, 3, 4 & 5 : kahkahkahkahkahkahkahkahkaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhh

*gelak sakan*

wanita 1: ko ni .. Allah peliharakan sultan lar ...




notakaki: walaupun wanita 3 & 4 bkn org johor, tp mereka tau itu lagu harijadi.

Saturday, April 2, 2011

...sesungguhnye aku berada dlm kesesatan yg nyata...

PERISTIWA 1
September 2008, STESEN PLAZA RAKYAT 

"mayang sari muar pukul 5, adik kena pergi bukit jalil."  
"bukit jalil? hmm.. takpe la kak, terima kasih."
terus aku lari g kaunter tiket lain. 'maharani'.
"semua memang kat bukit jalil dik. sempena raya ni."
"huh? macam mana nk g sane ye? ade bas tak?"
"erm.. bas ade, tp lambat. lebih baik adik naek tren. cepat sket."
dgn dahi berkerut, aku buat2 konfiden beli tiket g bukit jalil. 

##naek tren##

'bas kol 5, skg 4.40. g bukit jalil, smpt ke kejar bas?' aku bermonolog sorg2 dlm tren.

##tak sedap ati## 

aku tanye budak yg masih pakai baju skola.
"eh, bukan. nk g bukit jalil naek tren sebelah sane."
"ok, mekasih."

huh! sudah. nak wat gaye mane ni? takkan nak nangis sorg2 sampai pegawai keselamatan @ pakcik polis @ bomba penyelamat dtg jemput tunjukkan jln? huh, sesuatu mesti dilakukan dgn segera ! BERTINDAK !

##turun. tukar arah. jam dah kol 5##

20 minit selepas itu...
'alhamdulillah, sampai. mne bas? bas ade lagi ke? sempat ke naek?' 

** PETANG TU ATAS IZIN TUHAN, AKU SELAMAT SAMPAI KE RUMAH. TU LA 1ST TYME G BUKIT JALIL NK BALIK UMAH TAK TAU JALAN SALAH NAEK TREN SAMPAI DA NAK DEKAT STESEN TERAKHIR, BARU TAU SALAH ARAH. WALAUPUN LAMBAT 20 MINIT, SYUKUR, BAS MASIH ADE.

PERISTIWA 2
FEBRUARI 2011, STESEN BANDAR TASEK SELATAN

'belok kiri pas buang tiket dlm tong.'
'ok cun, da nmpk arah TBS-BTS.hehe..'
'hait? lagu mana plak turun ni? sume tangge karen naik? xpe la, exercise gune tangge takde karen turun jejak tanah.

##sampai kat tanah berturap tar##

'mane bas? mane kaunter tiket? apesal ade teksi 2 bijik je? haih ...'

##pusing2, nak jalan terus ke nak patah balik? pikey jap, amik napas kt tgh2 jalan yg xde langsung kenderaan lalu##

'ok, sila naik balik, kali ni gune tangge berkaren @ eskalator. oo yeah.. nampak suda signboard lobi utama. apsal aku x nampak tadi? haih...'

**BERJAYA TEMUI KAUNTER TIKET. SYUKUR, ALHAMDULILLAH..WALAUPUN TERGAGAU-GAGAU SESAT SAMPAI KE TANAH CARI KAUNTER TIKET PASTU KNE NAIK BALIK TINGKAT TIGA.

PERISTIWA 3
APRIL 2011, TERMINAL BERSEPADU SELATAN-BANDAR TASEK SELATAN

sebenarnye xde kesesatan pun yg berlaku hari ini
melainkan sebuah kekecewaan yg tertinggal bekasnye
juga pengajaran dari Tuhan

sungguh, 
andaikata aku tersesat lagi di bumi Tuhan yg tak tau nth kat mne
aku tak perlu risau apa-apa
takkan ade yg mencari aku yg sesat
melainkan Allah membukakan jalan untuk aku
sehingga aku temui jalan keluar...

hapuskan kesedihan yg bertapak
DIA sentiasa ada
bersamamu dlm setiap langkah