Sunday, February 27, 2011

tolong betulkn kalo sy yg salah

rentetan peristiwa "black day UPM"

dulu mase first year, penah aku hampir ditarik oleh PMI. siap dtg bilik mkn2 solat jemaah. tp rumet n jiran sebelah yg lebih senior menghalang. aku yg berjiwa suci murni daripada sebarang anasir politik kampus sekadar mengikut mereka yg lebih dulu makan garam. akhirnya aku batalkan niat utk sertai perjuangan diorang...

semester 5, aku teringin untuk bertudung labuh then beli 2 pasang tudung bidai 50 kat ekspo baju sebelah CIMB. hanya sesekali aku pakai tu pun tanpa sesiapa sedari sbb aku pkai ngan jaket fakulti skali. huhu...waktu ni aku terasa mencari-cari cahaya tapi takde sape nk tunjuk. "oh Tuhan, jgn sesatkan aku dlm cahaya."

mase jamuan raye PMI aku ikut skali sbb mlm tu aku nk g ceramah "hijrahku" kat serumpun. ajak sorg  kawan utk teman n dia kate ok, tp dia nk g jamuan dulu. aku pun ok lalu mengosongkan perut petang tu utk dipenuhkan pd mlm yg pernuh keberkahan tu ....

sambil2 mkn, aku tengok cara pergaulan mereka yg cukup indah, buat aku teringat kawan2 mase skola. rindu kamu semua....semua yg baik2 berlegar dlm kepala aku tentang PMI. so aku pun take advantage untuk menilai mereka, yelah selama ni aku di samping seorang MPP, pe salahnye kali ni aku tgk pule cara PMI. muahahhaa .... aku kan bebas politik. setakat mkn2 je pun. ngee ~~

dalam hati, mudah-mudahan Tuhan kuatkan hati aku nk terus bertudung labuh. 

tp tanpa teman, aku kalah. betul, kita ada Tuhan, tp Tuhan jugak mengajar kita tentang ukhuwah. sahabat yg baik adalah cerminan diri sendiri tp aku tak temui sahabat seperti tu kat kampus ni. (ingatan makin kuat pulak kepada Siti Aisyah Hussin, teramat merindui kamu~)

* Siti Aisyah adalah sahabat baik sy mse skola menengah. dengan dia, sy bebas bercakap apa2 je berkaitan isu keagamaan n dia akn melayan kerenah sy dgn sabar. wink2. ><

mase terus berjalan n sekarang aku tengah final sem siapkan thesis yg tak siap2. agaggaga ... cerita gempak pro-m rempuh pintu admin betul2 mengguris hati aku. mencalar hati aku mcm mereka mencalar imej Islam yg mereka bawa. ade aku saje2 tnya, xde cara yg lebih sopan ke nk menegur? sbb pada aku mereka yg dlm bhep tu adalah manusia yg lebih berumur (i.e. sbb aku lebih muda) n bukankah menghormati org tua tu termasuk dlm akhlak yg baik? lalu kamu ingin tahu apa yg dijawab ??

"kalau buat cara baik sampai bila pun xkn dilayan"

ok, fine. tak kisah. ni lagi 1 persoalan sy sila jawab. "cara inikah yg Rasulullah anjurkn bila berdepan dengan krisis?"

sy bangkitkn soalan ni sbb kamu bawak imej Islam bersama kamu, tp kamu sy lihat tinggalkn cara Rasulullah !

yg lebih dikesali bila berlaku pertumpahan darah pihak keselamatan. oh Ya Allah, peperangankah ini? bukankah darah sesama Muslim itu haram utk diperangi? (tak faham, tak faham)

ape yg berlaku sungguh mengelirukan sampai aku pun dh malas fikir tentang semua ni. perjuangan mereka? islam? merosakkan harta awam sampai mencederakan org? aishhh ... dorg dah putar tanggapan baik aku kat diorang tiga ratus enam puluh darjah! (eh2, 360 degree akn patah baik point asal, mungkin ptt cakap 270 deg je kot)

ha, ni 1 lagi cite pas tragedi "black day UPM"

aku jumpe dlm 1 note kat mukabuku, dorg wat perbualan mahasiswa A n B. yg si A ni tak paham2 nape perlu berjuang dlm kampus, xleh tunggu grad dulu n pastu berjuang la puas2... n B jawab sbb takde jaminan kita dapat idup sampai bile, ape yg akn kite jawab bile Allah tnye ape sumbangan kite pd Islam, n sbb perjuangan itulah bukti cinta utk Allah dan Rasul....

aku geleng2 kepala, kerok2 kulit kepala sampai beterbangan kelemumur .....

bukan ke Rasulullah ade berpesan utk utamakan perjuangan membela kedua-dua ibu bapa jika keduanya masih hidup??

#

#

#


akhirnye aku rumuskn,


1. aku sgt tak nyesal tak join dorg mase 1st year dulu. kalau tak mesti aku salah sorg yg ikut rempuh pintu bhep sampai pecah berderai lalu menumpahkn darah org yg tak bersalah. maka berderailah tangisan mak aku lalu lemaslah aku dalam lautan dosa kat akhirat nanti sbb wat mk aku nangis.

2. aku tak kuat semangat utk kekal bertudung labuh, mungkin sbb aku akn cenderung utk ikuti perjuangan maka tak jadilah aku nk berubah lepas tgk ape yg diorang buat biarlah aku jd diri aku apa adanya.....n mungkin jugak UPM bukan la tempat yg sesuai utk aku berubah mungkin lepas kawen atas mandatori suami aku wajib tukar tudung. ahahhahaa

itu je. 

kalo nk komen ape2 sila la drop ur komen, kalo xde sekian mekaceh ....

.:: T.H.E_E.N.D::.

Wednesday, February 23, 2011

muhasabah

kelas 5-9 pm itu kelas formal. subjek yg banyak menyentap hati. juga menghadirkan kesedaran pada diri.

merenung, menilik, muhasabah diri. ya, menerima siapa dia pada hari ini, itu yang terbaik. mengakui diri ini juga khilaf dalam perkiraan, hati jadi lebih tenang. damai... langkah pincangnya sedang diperbetul, maka akulah sewajarnya membantu memelihara langkah itu agar tidak lagi tersasar.
...dan mengapa tidak aku memberi peluang untuknya pada hari ini?

saat menoleh ke belakang, sebaknya hati melihat dia dengan susah payah cuba menghampiri. maafkan aku kerana meninggalkan kamu. 
...berpatah balik ke belakang, kuhampiri dia. kuraih tangannya, memberi bahu untuknya berpaut. sungguh aku tersilap kerana membiar kamu sendirian di saat kamu memerlukan. maafkan aku ...




Wednesday, February 16, 2011

Sunday, February 13, 2011

...penyesalan...

aku terkaku. diam tak bergerak. mata masih tak berkalih pada skrin laptop. mencari alasan penyedap perasaan. aduh, alasan apa lagi yg perlu diutarakan. segalanya nyata terbentang. pada gambar gambar bisu itu seolah menceritakan rahasia yang terpendam. sesuatu yang memedihkan. amat!

anak mata mula bergerak kiri dan kanan. mencari rasional akal yg hilang. penyesalan mula bertandang. satu persatu mula tertayang di layar ingatan. di tubir mata, ada air yang bergenang. menunggu masa untuk berlinang.

duhai hati, bersabarlah. mungkin ini peringatan dari Tuhan. Dia masih mencintaiMu. Dia ingin kau kembali pada Yang Hakiki. Dia rindu mendengar rintihanmu. pulanglah padaNya. di sana ada cinta abadi menunggumu. pulanglah pada dirimu yang dulu. yang sentiasa mengharap rahmat redha Ilahi...

saat kata maaf kuterima, titis air mata masih berlinang. usah ditanya, naluri hati pasti memberitakan kepadanya. sekadar membiarkan kebisuan menyelubungi, aku lebih senang memilih berdiam diri melayani hati. merenung semua kekhilafan diri. istighfar bergema memenuhi segenap jiwa. Allah, Allahu Rabbi. ampuni hambaMu yang lemah ini. tiada daya dan upaya melainkan dengan izinMu. dengan rahmat kasihmu, bimbingi aku untuk kembali ke jalanMu..



Tuesday, February 8, 2011

?

amatlah saya keras hati dan ego..
dengan keras hatilah saya melaksanakan tanggungjawab
dengan egolah saya merealisasikan harapan
kerana saya punya semangat yang tak mahu mengalah
saya kira saya tabah
rupanya itulah perkiraan yang salah

#

#

#

..dan itu hanya cerita lama
saya telah temui itu, melting point saya
juga clorox yang melunturkan

mereka memandang saya berjaya
tapi saya mengira kesakitan yang ada
sakit yang hanya saya rasakan
hanya saya yang tahu
saya cumalah manusia yg tewas
kerana saya telah jatuh
tak lagi bangun semula
semangat itu hilang
dan yang tinggal hanya ketakutan




Thursday, January 27, 2011

Nostalgia Kelapa Tua

Semua orang kenal kelapa tua. Tahu pula gunanya kelapa tua itu. Sangat penting dan sangat berguna kelapa tua ini dalam hidup manusia.
Namun begitu, kewujudannya tidak dipeduli dan tidak diendahkan orang. Kelapa tua tidak pernah menjadi topik perbincangan. Tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa isu atau masalah. Kalaulah kelapa tua ini mempunyai emosi, tidak ramai orang yang akan dapat merasakan dan menyelami perasaannya. Itulah kelapa tua.
Kelapa tua pula tidak pernah susah hati kalau orang tidak mempedulikannya. Dia hanya tergantung di atas pokok dan terbuai-buai bila ditiup angin.
Tapi, lazimnya elok-elok kelapa tua itu tergantung di atas pokoknya sambil menikmati keindahan alam buana ini dari kedudukannya yang tinggi itu, datanglah orang menjoloknya dengan galah yang panjang. Tidak sabar menunggu kelapa tua itu jatuh sendiri. Bukannya selesa kena jolok-jolok macam tu.
Bila tangkainya sudah lemah setelah dijolok beberapa kali, maka gugurlah kelapa tua itu berpusing-pusing ke bumi. Gugur itu pula bukannya rendah. Bukan setakat lima atau sepuluh kaki tapi sampai empat puluh hingga lima puluh kaki. Bunyinya berdentum sampai ke tanah. Waduh! Kalau calang-calang buah, boleh berkecai. Kalau kepala orang, boleh bersepai otak!

Masalah kelapa tua ini tidak terhenti di situ sahaja. Ini baru muqaddimahnya. Dia dikutip dan kulit sabutnya dikoyak-koyak dan dibuang sedikit demi sedikit dengan parang cangkuk. Proses ini bukan sekadar sekali tetak. Berpuluh-puluh kali parang cangkuk itu menusuk ke dalam kulit sabutnya.Seksanya tak boleh nak cerita. Mula-mula sakit tusukan. Lepas itu sakit dikoyak dan disiat-siat. Ini berterusan sampai tempurung sahaja yang tinggal.

Bila dah sampai ke tempurung, maka tak apalah. Cantik juga rupanya. Keras dan bulat. Tetapi manusia bukan tahu hendak menilai seni yang seperti ini. Tempurung bulat yang cantik itu ditetak pula dengan parang dengan sebegitu kuat hingga terbelah dua di tengah-tengahnya. Maka tersembur dan mengalirlah air jernih dari dalam perutnya dan terdedahlah isinya yang putih bersih.
Bagi kebanyakan kehidupan yang lain, kalau sudah sampai ke tahap ini, maka selesailah riwayat hidupnya. Tetapi bagi kelapa tua, ini baru permulaan. Banyak lagi seksaan yang menanti.
Tak cukup dengan menyemburkan air dari dalam perutnya dan mendedahkan isinya, isinya yang putih bersih itu dipisahkan dari tempurung, diparut dan dikukur pula hingga menjadi lumat. Tempurungnya dibuang. Kadang-kadang di bakar. Bentuk asal kelapa tua sudah tidak ada lagi. Yang tinggal hanyalah isinya yang sudah lumat dikukur dan diparut.
Untuk menambah seksanya lagi, dituang pula air ke dalam isi parut itu, diramas-ramas dan diperah-perah. Alangkah seksanya. Kalau hendak dikirakan, ini sudah terkeluar dari batas-batas perikemanusiaan. Kemudian ia ditapis menjadi santan.Kelapa tua yang dulunya keras dan bulat kini sudah menjadi cecair yang putih.

 Setelah itu, minyak dipanaskan dalam belanga. Bawang merah, rempah dan rencah-rencah yang lain ditumis. Bila sudah cukup kuning dituanglah santan tadi ke dalam belanga. Maka berpanasanlah santan itu hingga terkeluar minyaknya. Apabila sudah masak dan bau harumnya merebak keseluruh ceruk rumah, maka orang pun bertanya:
"Gulai apa tu? Sedap sangat baunya?"
Orang di dapur hanya menjawab, "Gulai ikan bawal."
Gulai dapat nama. Ikan bawal dapat nama.
Orang kata, "Oh! Sedap gulai ni.""Oh! Sedap ikan bawal ni."
Jasa kelapa tua tenggelam begitu sahaja. Perjalanan dan pengalamannya yang begitu panjang dan menyeksakan dari sebiji kelapa tua di atas pokok yang tinggi hingga ke belanga yang panas berbahang, tidak ada siapa yang ambil kira atau ambil peduli. Alangkah indahnya kalau kita dapat berjasa seperti kelapa tua ini. Jasa-jasa bukan untuk dipuji dan dipuja. Bukan untuk dikenang atau untuk mendapat nama, tapi untuk Tuhan. Biarlah jasa-jasa kita tidak nampak di mata orang, tapi ada dalam perhatian Tuhan!

cited from Mior Azli (2011) 
http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/1577-nostalgia-kelapa-tua.html