Sunday, January 15, 2012

bila pada suatu malam ....

sebulan yang lalu ...
"yati , nanti annual dinner , u pakai cantik-cantik seksi-seksi tak mau pakai tudung aa ... jangan risau la nanti ramai la yang malay tak pakai tudung lagi seksi maa ..."
#senyum

dua minggu sebelum ...
"u tak pakai tudung kan nanti ?"
"saya pakai la , tak mau la buka ..."
"aiyoo ... kenapa pakai mer ?"
#senyum

sehari sebelum ...
"besok arr , u mesti minum tahu ? A** M**** [company name] mesti semua mau pandai minum maa ..."
technician malay seagama yang seorang tu pandang aku . senyum . aku senyum balik .
"aiya S******, malam ni u mesti practise minum tau , kalau tidak besok malam u muntah . hahaha ..."
"buat apa nak practise ?" dia gelak balik .
"tahun lepas itu B**** mabuk dekat toilet ." gelak.
"saya tahu cerita tu , diorang ada cerita . hahaha ...."
aku cuma diam .
senyum .
debar .
risau .
cuak .

hari kejadian , dalam kereta OTW ke resort ...
"aiya .. u pakai tudung aa ?"
"hehe .. saya tak pernah buka tudung la ..."

sampai kat resort ,  baru turun dari kete ...
"itu yang pakai blue itu malay tau . manyak seksi maa ..."
jari telunjuk dihala kat sorang yang berambut panjang berbaju berkemban kaler biru .
"o0oo ..." respon aku .

dalam hall ...
"excuse me , u want white or red wine ?" soalan waitress cina kat technician cina .
"white wine ."
technician yang malay pun order yang same . hoh ??!!!! 'maen-maen kot dia ni ?' aku sedapkan ati . 'eh, benda ni bukan boleh wat maen . suke suki saje nk try pun takleh !' aku pandang muka dia . dia pandang balik . selamba . tak beriak . biasa-biasa je ... macam dalam kepala dia .. 'ade ape-ape yang tak kene ke ?'

dah banyak sangat amal terlebih-lebih berat mau  kasi balance sama itu dosa kah ?

aku makan sekadar mengalas perut . bau hamis wine sebelah aku buat aku rasa nak muntah . tapi aku cuba tahan , sekadar cuba tunjuk rasa hormat kat dorang [non-muslim] dengan harapan dorang akan respect pendirian aku . berketai-ketai rasa hati luluh segalanyanya bile mereka yang bersaudara seagama dengan aku dengan selamba meneguk air hamis masam tu takde rase ape . biasa-biasa je , macam aku minum jus oren aku ni .

marah ? entah la , binding antara kitorang memang kuat . inilah muka yang hari-hari ditatap kat ofis . yang saling bekerja tolong satu sama lain . yang sama-sama diam bila kene tiaw sama manager . yang sama-sama gelak membahan balik bile manager keluar . dan banyak lagi 'yang sama-sama' tu . kitorang bukan ramai , cuma sepuluh orang termasuk manager . sepuluh je !

sedih . kecewa . hampa . sangat . teramat !


aku keluar dewan . duduk tepi swimming pool sorang-sorang . percaya takkan ade yang meneman bile tengok aku berpakaian macam ni . tudung litup menutup dada . kemeja melepas punggung . berskirt labuh . berstokin kaki dan lengan . ini cara aku menjaga diri . harap diorang akan malu nak mintak aku join dorang yang bukan-bukan . duduk termenung muhasabah diri .

masih ramai lelaki yang baik , aku percaya ini .
tapi baiknya mereka masih tak terduga dalam suasana majlis yang semacam ni .
masih ada lelaki yang boleh menjaga wanita kesayangannya . pun aku percaya . ramai .
tapi lelaki yang mampu menjaga insan kesayangannya dari azab Tuhan , payah nak jumpa .

perempuan yang baik pun ramai . ini pun aku percaya .
tapi baiknya mereka masih tak terduga dalam suasana majlis yang semacam ni .
mesti ade rasa "aku pun nak melawa !"
tapi yang mampu jaga diri takkan heret lelaki kesayangan sama-sama rasa azab Tuhan , payah nak jumpa .

ini hakikat akhir zaman . dalam pandangan peribadi aku . jangan marah kalau salah sebab aku takde rujuk tesis mane-mane .

dalam kesal aku bersyukur . Tuhan masih sayang aku . Dia masih jaga aku . Dia masih mendengar rintihan aku yang merayu untuk tak ditarik balik hidayah yang Dia bagi . tapi Dia berhak uji aku . Dia nak aku lebih dekat pada dia . Dia nak aku betul-betul balik pada Dia . Dia nak aku rasa sendiri . tak ada sapa . macam sekarang . Dia nak aku cuma bergantung harap pada Dia . sebab Dia sayang aku . Dia sayang aku , tapi aku tak nampak . aku yang buta selama ni taknak tengok dengan mata hati ..

masuk balik dewan lepas aku solat isyak . makan coctail . hehe ..

cocktail yang aku bising tawar tak rasa ape tapi sempat aku tambah dua kali

aku tunduk makan tak toleh-toleh . malas nak angkat kepala . sebab ?
kiri kanan belakang n DEPAN aku yang semeja dengan aku ni tengah bersuka ria dengan wine masing-masing ! nasib baik Tuhan tak bukak hijab aku kalo tak mesti aku nampak makhluk tak hensem tu bersuka ria sama celah-celah diorang . huh !

aku ketepikan mangkuk aku yang dah kosong , baru aku angkat nak letak tibe-tibe ..
"ting !"
eh?
aku pandang muka dia .
'bile masa lak mamat cine yang aku tak kenal sape ni datang sengeh-sengeh meng'tinggg' aku punya mangkuk kosong cocktail dengan gelas penuh arak dia ? bulat mata aku macam nak marah tapi tak jadi bile rasional akal aku datang .
'sabar mek , dia mabuk . ape , kau fikir kau bijak bile marah orang mabuk ?'

aku hangkut semua barang henset aku terus keluar . dah . taknak masuk . tunggu mase nak balik je . aku lepak tepi swimming pool lagi . kali ni dah tak sorang . berdua belas dengan rakan seangkatan seopis plus mr. big manager n sorang lagi lelaki cina yang aku tak kenal sape n macam taknak kenal pun sape dia . duduk elok belakang technician cina yang maintain walaupun dah minum banyak . [err .. mungkin dia dah stabil?]

"aiyaa .. u tak minum pun ?" lelaki cina yang-aku-taknak-kenal-pun-siapa tu tengah pandang aku .
"what ??" aku jerit balik , dalam hati je . mulut senyum aje , jalan paling selamat .
'sabar , itu pertanyaan orang mabuk . dan kau jangan mabuk nak jerkah dia balik .' hati kecil memujuk .

bla bla bla bla .... overtime .. bla bla bla .. sutera ...bla bla bla .. ok
'ape diorang nak overtime malam ni ? ke nak claim dorang keje overtime malam ni ? *muke innocent*

"u tau aa overtime itu ape ?" kawan perempuan yang satu-satunya tak minum dan aku tumpang kereta dia tanya aku .
geleng .
"itu nama bar tahu ?"
huh ?!

bangunan ini besar bertingkat-tingkat sebenarnye ..



antara kawan perempuan non-muslim yang waras sebab tak minum
dengan lelaki muslim seagama yang mata merah baru nk recover dari mabuk
mana satu pilihan kau ?
........................
#
#
#
tak sempat fikir
aku terus ikut pergi bar

duduk luar .
technician cina politely datang kat aku ajak aku masuk .
"thanks , but no thanks . saya tunggu sini je . tak apa .. " senyum .
"jangan risau la , semua ada , u cuma minum jus saja ."
"no , no , tak apa , saya tunggu luar . saya okay ." senyum lagi .
syukur dia mengalah .

ape aku dah tak waras nak masuk bar dengan bertudung macam ni ?! bukan setakat aku sorang yang akan dipandang pelik , tapi orang-orang yang dalam tu akan ada stigma pada semua perempuan bertudung nanti !

setengah jam , n kawan aku ajak balik ...

myvi putih membelah arus tengah malam . meninggalkan overtime , dengan rakan-rakan seofis yang tertinggal di dalamnya ...

pada titis air mata yang jatuh , aku berharap Tuhan kasihani aku lalu memberi hidayah pada mereka . plan asal untuk publish gambar kami dalam blog ni tak dapat dilaksana selamanya . demi menjaga aib mereka . walaupun selepas hidayah datang dalam hati mereka nanti ..

pesanku pada kalian yang aku sayangi , moga satu masa nanti kalian akan diberi hidayah pulang ke jalanNya , pulang pada fitrah insani ... siapa pun kalian pada hari ni dan semalam , kalian tetap sahabatku esok dan selamanya ... kerana kalian sahabatku , maka sesungguhnya aku amat kasih pada sekalian sahabatku . dan maafkan aku bila aku tak mampu jadi sahabat yang membantu pada waktu kalian tersalah arah . perjalanan hidup kita yang bercabang terserakan , kita dipertemukan pada satu titik . pada satu takdir yang pastinya punya asbab dan hikmah tersendiri . moga kita akan dapat bersama-sama melalui titian hidup ini pada satu garis selari menuju bahagia yang abadi ... deeply from the bottom of my heart , i love all of you , my dearest friends ...

"...coz we should live within the lines that we cannot pass through ...."

Saturday, December 31, 2011

monolog

resah hati gundah gulana hanya diri yg dapat rasa ..
contengan jalanan ....
novel yg mungkin padanya ada jawapan yg dicari
moga tenanglah duhai hati
kuatlah diri menempuh liku hidup yg nth macam mane kesudahannya
semoga khusnul katimah berakhirnya nanti
amin ..

Saturday, December 10, 2011

hijrah

15 nov
hari terakhir aku kat kedai fotostat . sedih ? sikit la sebab bos aku baik .. tp aku tak sabar nak pergi hijrah . moga keputusan ni yg terbaik . sempat aku bukak akaun Bank Islam , mane tau satu masa nanti aku nak beli kete , senang keje aku . hehe ...

17 nov
sampai sudah ke JB ... aku buang jauh-jauh rasa tak yakin . sedikit sebak . sebenarnya aku masih konpius dgn keputusan ni , tp aku tolak jauh-jauh semua rasa yang tak best . aku kene kuat semangat . live well or live hell , i choose . tawakal .. ingat Tuhan ... (nasihat diri sendiri sbb takde yg nasihat aku)

"Ya Allah , Kau tunjukkan pada aku di bumi manakah Kau letakkan rezeki aku .. kuatkan aku untuk terus mencari tanpa jemu .. mudahkan urusanku Tuhan .."


30 nov
my 1st day sebagai kerani kat AAC Dist. Sdn. Bhd. yg jual macam-macam jenis cctv , alarm , fingerprint ... blablablaa .. aku sabarkan hati mulakan dengan bismillah , teroka 1 job yg baru , no experience , know nothing about cctv accessories segala bagai .... kene belajar semua from zero !

fikir-fikir balik ... ade jugak company nakkan aku fresh grad yg xde experience ape-ape ambik akaun mase spm pun tak macam jatuh dari langit terus mendarat kat meja kerani (meja bos aku rupenye!) .
mungkin ni rezeki aku ... dekat dengan masjid jugak senang hati aku cuma jumaat je aku numpang kat surau petronas tu pun kene jeling dengan mamak petronas sbb dia nk sembahyang jugak (sibuk je nk zohor jugak tengah-tengah hari jumaat!)

moga aku jadi manusia yg sentiasa mensyukuri nikmat pemberianNya ... amin .

aku kembali !

ahahaha !!
akhirnya aku berjaya jugak sign in.
selame ni aku ingat aku lupe password
ghupenye aku salah emel !!
agak sengal di situ
(bahana byk emel le ni)

Thursday, October 13, 2011

konvo kite

akhirnye kite konvo jugak kan ...? lepas lalui macam-macam liku perjalanan yang menyakitkan , yang cuma kite je tau .
akhirnya kite berjaya jugak lunaskan janji masing-masing untuk konvo same-same walaupun kite hampir putus asa pada penghujung jalan
kite tetap saling bergantungan , saya nak awak tetap konvo walaupun saya rebah kat tengah jalan . dan awak pun same , awak nk saya teruskan perjalanan walaupun awak sendiri terasa lemah tak mampu berdiri lagi ...

hari  ni , kite mampu tersenyum , terbayar sudah semua penat lelah selama ni ...
hari ni , kite meninggalkan semua pahit perjuangan di belakang bersama skrol ijazah di tangan
hari ni , kite mulakan satu lagi episod perjalanan hidup
masih ada janji yg terpatri untuk kite lunaskan
kite tunggu saat tu same-same ye ....