Ini perbualan dua anak manusia …
Kamu : Lepas kawen nanti , kite dok umah sebelah umah saya , boleh tak sayang ?
Aku : Aa ? Tamau la , tatot la awak …
Kamu : Abes tu kite nak dok mane ?
Aku : Ala … kite duduk la dekat dengan tempat awak kerje .
Lepas tu kite same-same diam . dalam hati , habislah saya kalau duduk sebelah umah mak awak , saya ni dah la tak pandai masak macam mak awak . kemas rumah pun ala kadar je . tak macam mak awak . abes la semua perangai buruk saya mak awak tau . maka , akan tersebutlah alkisah mak mertua tak suka menantu . memang salah menantu pun sebab tak pandai jaga awak sebagai suami .
Mesti selama hayat awak , mak awak dah jaga awak dengan sempurna .
Mesti selama hayat awak , masakan mak awaklah yang tersedap di dunia .
Mesti selama hayat awak , bilik tidur awak selalu kemas. baju seluar awak , semua beriron.
……….
Saya tak sempurna macam mak awak . saya takkan mampu jaga awak sebaik mak awak . sebab tu saya taknak duduk dekat ngan mak awak . saya takut mak awak murka dengan saya . huhu … dan ini tentunya sangat sangat menakutkan saya . lebih menakutkan daripada benda-yang-menumpang-tapi-kite-tak-nampak kat rumah kayu awak tu , rumah yang awak cadang nak duduk ngan saya lepas kawen nanti …
Saya pandang awak . awak termenung jauh . saya nampak dahi awak berkerut-kerut . ape agaknye yang awak pikey yer ?
* * *
Beberapa bulan kemudian …
Aku : Awak , lepas kawen nanti kite duduk rumah kayu sebelah rumah awak tu la ye ?
Kamu : Aik ?
Aku : Hehe … Takpe la , nanti awak boleh jaga mak awak , saya pulak jaga awak .. ye?
Awak senyum . lebar sangat .
Aku : Yela , gigi awak cantik , putih . hehe …
Awak gelak pulak . “Terima kasih awak .” awak ucap dalam rasa haru yang amat dalam .
* * *
Selepas perkahwinan yang gilang-gemilang …
Aku : Awak …
Kamu : Ye sayang …
Aku : Awak tau kenapa saya nak duduk dekat sebelah umah mak awak ?
Awak palingkan badan mengadap saya . tapi saya masih pandang ke depan .
Kamu : Saya tak tau … kenapa sayang tiba-tiba berubah fikiran ?
Aku : Sebab …
Saya telan liur , tiba-tiba rasa sebak . awak setia tunggu setiap patah kata dari saya .
Aku : Sebab saya tak nak awak jadi macam mereka 10 beradik . mereka ada emak yang sakit terlantar tak mampu mengurus diri . anak-anak perempuan makcik tu jauh ikut suami masing-masing. Tapi yang saya hairankan , anak-anak lelaki makcik tu pun jauh ikut isteri masing-masing ?
Awak pegang tangan saya . tunduk .
Aku : Awak suami saya , dan awak masih ada emak . selagi mampu , awak jagalah mak awak . saya sekadar membantu . saya cuma isteri awak , yang tetap jatuh nombor dua lepas mak awak . mak awak tetap yang pertama , tanggungjawab awak yang paling utama . jangan sekali pun tinggalkan mak awak sebab saya . saya taknak awak derhaka sebab saya .
Awak tak cakap ape-ape . yang saya rasa cuma pelukan awak . erat . dan air mata awak yang jatuh tu , biarlah jadi saksi di sana nanti . air mata yang jatuh bersama gema tahmid dalam diri awak . saya dengar tau …
No comments:
Post a Comment