Sunday, May 8, 2011

unforgettable moment


itu kali pertama aku menjejakkan kaki ke daerah itu .
daerah yg masih kuat berpegang teguh pada adat
sepanjang perjalanan aku toleh kiri kanan jalan.
subhanallah, cantik !

bertemu dengan seorang wanita yg telah bergelar ibu ..
aku tersenyum 
bilamana dia memberitahu umurnya hampir sebaya dgn emak
"makcik nampak muda ." aku puji dalam hati
kami berbual
pertemuan itu singkat , tapi cukup memberi pengertian buat seorang ibu
kegembiraan di wajahnya mengusik jiwa ...
getar hati kusembunyikan dalam senyum terpaksa

waktu pulang kusalami dia , 
cepat sahaja dia memeluk dan mencium kedua belah pipiku
ah , hati makin tak keruan
terkejut
lama sudah tak kurasa hangat pelukan seorang ibu
pelukan kasihnya jelas membekas dalam jiwaku

kembali ke kereta
aku lihat dia berbual dengan anaknya di muka pintu
memberikan pesan itu dan ini
aku senyum lagi
tangan seorang ibu diraih , dicium
sepertimana aku
wanita itu memeluk erat penuh kasih
menciumnya...
aku diam terkaku

pada bening mata seorang anak ,
aku mampu melihat itu
renungan penuh kasih cinta buat si ibu
dua saat , tiga saat...
pandangannya masih tak lepas

mataku berkaca
tersentuh melihat cinta seorang anak
lantas kubulatkan tekad
aku ingin menjadi sepertinya
menghadiahkan selaut kasih buat emak

terima kasih kamu
menjawab persoalan tanpa aku bertanya apa 
menyedarkan aku erti kasih
mengingatkan aku tentang ketaatan
selama hayat punyai ibu

Tuhan
syukur kautemukan juga aku
dengan jawapan yang selama ini kucari
syukur ... Tuhan

Thursday, May 5, 2011

flasback :: aku wif mr. L

khamis tu , mau tamau aku pegi jugak amik injection tetanus . bese la kne cucuk jarum sakit sket , tak kisah la . tapi pastu tangan aku terasa lenguh ... sejam , dua jam ... hurm , malam kang ok la . aku pujuk diri sendiri ...

malam tu aku stay up sampai ke pagi , bertemankan tangan kiri yg masih terasa lenguhnya . apasal la tak ilang lagi . aku merungut sorg2 . mungkin sok pas bgn ok la tu . aku sedapkan ati lagi .

soknya jumaat , aku kne balik umah , sbb sabtu aku blaja drive . dengan tangan lenguh tak hilang , aku hangkut pulak beg berat berisi buku yg dah tanak gune lagi . saje nk kurangkan barang dalam stor .

petang sabtu lenguh masih tak hilang , tapi aku biarkan .

bile turn aku drive , aku bawak la cam bese ... dengan tangan kiri lenguh tak hilang2 . masuk gear 1 , angkat clutch n tayar pun bergolek-golek ke depan . bawak 20 , masuk gear 2 , ok benti kat depan gate . turun balik gear 1 . kuar dari gate . ok , gear 2 , laju lagi sampai 30 , tukar gear 3 ... ok , gear 4 pulak . kete depan slow , tekan brek sket  . eh , tak yah tekan clutch . brek je sket . ok , bawak 50 . ha , lampu merah . brek sket2 sampai 20. ok tekan clutch , brek sampai benti . bagus . mesti nampak tayar kete depan sket , tu jarak selamat. dah , masuk gear 1 balik .

lampu ijau , jalan lagi . tengok meter sampai 20 , tukar gear 2 . ok , gear 3 pulak . cepat2 tukar gear ,jgn simpan lame-lame. ok , gear 4 . aisy , tekan clutch dulu sket baru lepas minyak . ok dah, bawak 60 .

ok , sampai lampu kelip kelip tu idup signal kiri . brek . tukar gear 3 . brek lagi sampai 20 , tukar gear 2 . bawak tegak tegak jgn terus nak belok . ok , angkat clutch . belok . haa ... macam ni slow je .

ok dah , laju lagi masuk gear 3 . ok, gear 4 pulak . bawak 60 .

bla bla bla .... 2 , 3 kali pusing jugak nk mahirkan ...

sampai driving skul balik . huh , lega .  tangan kiri makin bertambah-tambah lenguh .  seb baek dah suda ... lega .........................

masuk litar terus , kite blaja paking .

whatttt ???????????? tangan aku dah lenguh ni !! aku jerit kuat-kuat dalam hati .
**1st time blaja paking , tak revise ape2 teori aritu . mati aku tak ingat ape .

pegi ke tempat paking edisi utk blaja .
ok , reverse sampai nampak tiang pertama .
 eh , terangkat clucth abes . enjin mati .
 da da , idupkan enjin . reverse . angkat clutch jgn abes .sket je asal gerak suda .
 pusing stereng kiri abes . ok , angkat clutch . tengok tayar mesti kne garisan itam .
ops ! enjin mati lagi . huh !
ni apsal blur sangat ni ? kan dah boleh bawak tadi?!
diam .
pusing kiring abes !
ikut arahan .

lps ulang 3 kali , tangan kiri da longlai , kebas lak rasenye .

ok , kite wat bukit .

aku menyumpah dalam hati , tapi salah aku jugak taknak gitau tangan aku sakit tak ilang lagi . 
ah , nanti dia kate aku ngade-ngade . biar dia tak tau . biar aku tahan sakit ni daripada gitau dia hal sebenar .
ego memuncak . aku takkan mengalah mintak rehat bagi orang lain dulu . fine , aku teruskan !

tarik handbrake !

terasa tangan dah ditarik segala daya . aku biarkan kete berundur ke blakang . langsung x wat pape . tengok side mirror kot2 ade kete kat blakang? tak .  ejas stereng bagi undur tegak2? tak . brek? tak jugak . sume cikgu aku handle . huh! buat muke tak bersalah . 1st time . aku anggap takpe . eh , takpe ke?

kali kedua . seksa nk tarik handbrake . bleh pakai tangan kanan tak ? aku mengomel dalam hati . nak turun handbrek pun rase tak kuat dah nk tekan amendealah ntah kat ujung handbrek tu . haisyy ... padan muke aku . padan muke . hahah . ketawa jahat kat diri sndiri .

buat lagi skali .

huh? fine !

abes hari tu , aku terbongkang kat umah . tido statik ngadap kanan takleh nk golek2 . mak kejut makan pun aku tanak bangun dah . postpone sok pagi la ye mak ..? gudnite .

Wednesday, May 4, 2011

menuju destinasi PROLOG

HARI INI . dua alaf ditambah satu dasawarsa dan ditambah pula enam belas purnama sudah pun berlalu ...

kira-kira sepertiga dekad lalu , bulan keenam dalam kalendar masihi , hari yang ke dua puluh lapan , segalanya bermula ...

seekor keldai berkaki empat berwarna hitam yang diberi nama WIRA sarat dengan lima tunggangan beserta barangan keperluan diri memecut di lebuhraya dengan kelajuan 110 km/jam . kedengaran amat sengsara nasib si keldai namun demi seorang srikandi yang bakal meneruskan jihad , dia rela menanggung berat beratus kilo di belakang badannya ... demi seorang srikandi ISLAM ...

akhirnya sampailah mereka ke destinasi yang dituju . srikandi yang diberi nama CAHAYA itu melambai-lambai saat si keldai WIRA meninggalkan ke satu daerah yang belum pernah diteroka . si keldai tersenyum nipis , teringat akannya kisah Nabi Ibrahim diperintahkan oleh Allah , meninggalkan isteri dan anaknya di tanah gersang tanpa pohon untuk berlindung . ah , nasib CAHAYA pasti lebih baik daripada Hajar dan Ismail , desis hatinya ....

*****

matahari sudah pun tergelincir ke barat , sebentar lagi pasti kedengaran alunan syabab mengalunkan kalimah suci , mengingatkan seluruh umat Islam untuk menghadap pencipta-Nya , juga merintis jalan-jalan menuju kejayaan..

di ruang yang sedikit itu , CAHAYA bersujud memohon rahmat Ilahi . doa dipanjat , mudah-mudahan dirinya sentiasa dalam lindungan Tuhan sekalian alam ...





bersambung .....